PENGENALAN ASAS PENYAMANAN UDARA
- Udara daripada sistem perlu diagihkan kepada sesuatu ruang bagi memberikan keselesaan kepada pengguna yang menerima udara tersebut. Bagi tujuan ini, halatuju, suhu dan bentuk agihan peredaran udara tersebut hendaklah diselaraskan pada nilai tertentu manakala salur udara digunakan mengagihkan udara daripada bilik pengagihan ke ruang yang didinginkan dan mengembalikan semula ke bilik pengagihan.Kebiasaannya system salur (ducting) digunakan oleh system penyamanan udara komersial. Salur udara bagi sistem penyamanan udara terdiri daripada :-
- Salur udara utama-Membawa udara bersih sejuk kebilik yang didinginkan.
- Salur udara balik-Membawa kembali udara yang telah diedarkan kebilik kembali semula ke unit pengelolaan udara untuk dirawat semula.
KOMPONEN ASAS PENYAMANAN UDARA
1. Pemampat (Compressor).
Menyedut wap bahan pendingin dan memampatkan
menjadi tekanan dan suhu tinggi.
2. Penyejat (Evaporator).
Menyerap haba dari ruang yang didinginkan. Semasapenyerapan berlaku proses sejatan
cecair bahanpendingin bertukar bentuk menjadi wap bersuhu dan tekanan rendah.
3. Pemeluap (Condenser).
Menyingkirkan haba yang terhasil daripada prosesmampatan dan proses sejatan dipenyejat.
Semasa haba disingkirkan berlaku proses pemeluapan, wap bahan
pendingin bertukar menjadi cecair.
4. Peranti pemeteran (Metering
device).
KITARAN PENYEJUKAN
Dibawah adalah gambarajah kitaran asas penyejukan yang menunjukkan bagaimana penyaman udara kita berfungsi.
Kitaran penyejukan ini bukan hanya kitaran penyejukan bagi penghawa dingin sahaja malah ia adalah kitaran asas yang sama bagi peti ais di rumah kita.
- Evap = singkatan bagi evaporator.
- Comp = singkatan bagi compressor.
- Cond = singkatan bagi Condensor.
- TXV = singkatan bagi metering divices.
Kitaran penyejukan
menunjukkan pergerakkan gas bahan pendingin di dalam sistem penghawa dingin
kita. Gas yang digunakan bagi sistem penghawa dingin terbaru ialah R410a yang
lebih mesra alam.
Compressor (pemampat) akan
memampatkan wap bahan pendingin bersuhu dan bertekanan rendah menjadi wap yang
bersuhu dan bertekanan tinggi dan dialirkan ke condensor (pemeluwap) melalui
discharge line.
Di condensor (pemeluwap),
haba akan disingkirkan dan wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi
tadi akan bertukar kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan
seterusnya dialirkan ke metering device (peranti pemeteran) melalui liquid
line.
TXV (Peranti pemeteran)
akan mengawal pengaliran cecair bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan
tinggi sehingga menukarkannya kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan rendah
dan dihantar ke evaporator (penyejat) melalui evap line.
Di Evaporator (penyejat)
haba di dalam bilik akan diserap sehingga cecair wap bahan dingin yang bersuhu
dan bertekanan rendah berubah bentuk menjadi wap bahan dingin yang bersuhu dan
bertekanan rendah dan masuk ke compressor (pemampat) melalui suction line.
Proses ini akan berlanjutan selagi unit penghawa dingin dihidupkan.
Untuk unit penghawa dingin
yang terkini dan menjimatkan tenaga, sistemnya mengawal compressor berkerja.
sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti yang dikehendaki, maka sistem
akan meminimumkan compressor bekerja. Oleh itu kita dinasihatkan untuk melaras
suhu nominal antara 20 ~ 24 darjah celcius sahaja dan tips membeli air cond
dipatuhi. Ini sekaligus boleh memanjangkan hayat pemampat.
SISTEM PENYAMAN UDARA
Penggunaan utama sistem penyejukan adalah untuk proses pendinginan.
Suhu penyejat untuk system
penyamanan udara (pendinginan dan penyahlembapan) ialah 4°C ke 10°C.
Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan, tetapi ia meliputi:
Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan, tetapi ia meliputi:
- Pemanasan
- Mengawal suhu
- Mengawal kelembapan
- Pembersihan
- Unit pemeluwap
- Penyejat
- Motor kipas
- Turas
- Salur udara dan kawal alir udara
- Kawalan motor
- Kawalan suhu dan kelembapan
- Pemaipan Bahan pendingin (R12, R22)
Faktor
sistem penyamanan udara diperlukan adalah untuk:-
- Keselesaan
- Prestasi kerja pada bahan keluaran
- Kesihatan
- Peralatan
Kepentingan
penyaman udara adalah untuk :-
- Menghalang bunyi bising dan kawalan persekitaran
- Menghalang habuk dan kotoran
- Mengeluarkan haba untuk keselesaan
- Pengudaraan yang mencukupi
UNIT PENYAMAN UDARA TINGKAP
Sistem
ini dipasang di ambang tingkap atau menerusi pembukaan dinding.
Jenis-jenis Bahan Pendingin
- R-11
- R-12 = kereta dan peti sejuk (rosakkan lapisan ozon)
- R-22 = sekarang digunakan di dalam kereta (gas dan lebih selamat)
- R-37
- R-134a
Mengecas bahan pendingin
Peralatan
= tolok panca rongga, vacumm pump dan balang gas R22.
Terdapat
3 proses semasa mengecas bahan pendingin iaitu :-
- Proses pengosongan (5 – 10 minit)
- salur biru tekanan dipasang pada salur discharge
- Proses vakum (15 minit)
- salur kuning disambungkan ke vacumm pump
- Proses pengisian ( gas pada bacaan 15’C – 20’C)
- salur kuning disambungkan pada balang gas R22
Mengesan atau menguji kebocoran pada sistem penyaman
udara dan penyejukan
Terdapat
3 cara bagi mengesan kebocoran pada sistem :
- Menggunakan larutan buih
- Letakkan larutan buih sabun pada semua sambungan /
bahagian bengkok / bahagian
yang disyaki bocor
yang disyaki bocor
- Menggunakan sumpitan api halida
- Nyalaan api akan bertukar warna apabila hos esak
dihalakan pada kepada penyambung
tiub:-
tiub:-
# Warna
jernih kepada hijau muda (kebocoran kecil)
· # Warna
jernih kepada warna ungu (kebocoran kecil)
- Menggunakan pengesan elektronik
- Pengesan ini akan mengeluarkan bunyi siren jika terdapat kebocoran pada sistem.
- Proses ini dapat dilakukan setelah bahan pendingin dimasukkan di dalam sistem
pada
tekanan
dibawah 12 kg/cm3 (proses menguji tekanan sistem )
tekanan
dibawah 12 kg/cm3 (proses menguji tekanan sistem )
PRINSIP
PENYAMANAN UDARA
Penyamanan
udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan,
pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah
sebuah Negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan
pemanasan dan pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara
merupakan proses parawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu
(ruang tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana
berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara
dan permbaharuan udara.
PERBEZAAN
SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA
Penyaman udara
Penyaman udara
Merupakan
aplikasi bagi sistem penyejukan iaitu sebagai sebuah kawalan bagi sistem
pergerakan udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan kebersihan pada sebuah
ruang yang tertentu.
Sistem penyejukan
Asas
pemampatan wap dibentuk untuk menyejuk persekitaran melalui pendedahannya
kepada satu cecair didih yang sejuk.Ianya jugaMerupakan sistem yang diperlukan
bagi menghasilkan suhu bagi sesuatu ruang.
PRINSIP ASAS TEKNOLOGI PENYAMANAN UDARA
KAITAN
ALKOHOL DENGAN BADAN MANUSIA
Di
peringkat awal teknologi penyamanan udara dicipta, satu eksperimen telah
dilakukan terhadap kulit manusia iaitu dengan menitikkan setitis alkohol pada
kulit. Kulit akan menjadi sejuk kerana alkohol termeluwap dan menyerap haba
daripadanya. Seperti yang kita tahu, haba bergerak daripada suhu panas kepada
suhu sejuk, maka suhu alkohol yang sejuk itu akan menyebabkan suhu badan
manusia yang panas mengalir ke arahnya. Ini dinamakan keseimbangan terma dimana
proses pengaliran haba antara dua objek. Sistem penyamanan udara ataupun sistem
penyejukan telah menggunakan prinsip ini dalam memperkemaskan teknologinya.
KAITAN
ALKOHOL DENGAN BILIK DAN PENYAMANAN YANG BERTERUSAN
Sekiranya
alkohol diletakkan di dalam bilik, suhu udara di dalam bilik itu akan menjadi
sejuk. Ini adalah kerana alkohol akan termeluwap dam menyerap haba di dalam
bilik tersebut. Bagaimanapun alkohol akan berkurangan dan hilang melalui proses
pemeluwapan. Suhu dalam bilik menjadi kurang sejuk kerana alkohol yang
termeluwap itu tidak dibantu oleh kipas bagi mengedarkan suhu ke seluruh bilik.
Alkohol yang termeluwap akan hilang dan alkohol di dalam bekas akan ke habisan.
Sekiranya alkohol yang termeluwap dapat dikembalikan menjadi cecair dan proses
penyejukan tidak dapat diteruskan. Walau bagaimanapun sekiranya alkohol
digunakan, terdapat beberapa masalah yang akan timbul, antaranya ialah alkohol
boleh menjadi punca kebakaran kerana ia merupakan bahan yang mudah terbakar dan
berbahaya dan kawalan pemindahan haba bagi alkohol di dalam bilik adalah sukar.
PENGGUNAAN
ALKOHOL DIGANTIKAN DENGAN BAHAN PENDINGIN
Untuk
mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat daripada penggunaan alkohol,
sejenis bahan yang selamat dan lebih berkesan dari penyejukannya telah di
gunakan. Bahan kimia tersebut dinamakan diklorodifluorometana
(dichlorodifluoromethane) atau R 12 dan monoklorodifluorometana
(monochlorodifluomethane) atau R 22. Kedua- dua bahan pendingin ini adalah amat
sesuai dan selamat di gunakan untuk menggantikan alkohol. Bahan pendingin ini
juga boleh dimampatkan kepada tekanan yang lebih tinggi dan keupayaannya
menyerap haba adalah lebih baik. Oleh sebab itu, bahan pendingin ini terus
digunakan dalam teknologi penyamanan udara pada masa kini.
BAHAN PENDINGIN
Bahan
pendingin digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai
penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam
pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin bertukar bentuk daripada cecair
sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah. Di dalam pemeluwap pula,
setelah haba disingkirkan, bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas
panas kepada cecair panas dalam keadaan tekanan tinggi.
Nama-
nama lain bagi bahan pendingin adalah refrigerant, Freon, fron , genetron,
isotron, dan neon. Nama- nama ini digunakan berdasarkan Negara- Negara yang
menggunakannya.
FUNGSI
BAHAN PENDINGIN
Bahan
pendingin merupakan bahan yang mudah mendidih pada tekanan yang rendah. Oleh
sebab itu, bahan ini dicipta supaya ia berfungsi semata- mata untuk menyerap
haba. Takat didih bahan pendingin berbeza- beza antara satu jenis dengan jenis
yang lain, oleh itu penggunaannya juga berbeza-beza antara satu sistem dengan sistem
yang lain sama ada secara komersial ataupun domestik.
SIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGIN
Cecair yang digunakan untuk bahan pendingin mestilah mempunyai sifst-sifat seperti yang berikut:
o Tidak beracun
o Tidak meletup
o Tidak berkarat atau menghakis
o Tidak mudah terbakar
o Mudah mengesan sesuatu kebocoran
o Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah
o Merupakan gas yang stabil
o Bahagian- bahagian yang dilalui oleh bahan pendingin mestilah
mudah dilincirkan.
o Tidak berbau tengik.
o Mempunyai isipadu cecair yang tinggi.
o Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
o Mempunyai isipadu gas yang rendah untuk mengurangkan sesaran
pemampat.
o Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk
meningggikan keupayaan mampatan.
Sifat-sifat di atas hendaklah diambil kira untuk memilih bahan pendingin yang baik bagi sistem penyejukan dan penyamanan udara.
JENIS-JENIS BAHAN PENDINGIN
Terdapat
beribu-ribu jenis bahan pendingin yang dicipta dan digunakan dalam proses
penyejukan dan penyamanan udara. Pada kebiasaannya symbol R digunakan bagi
menunjukkan jenis bahan pendingin yang terdapat di seluruh dunia. Jenis bahan
pendingin dinyatakan dengan nombor disamping simbol tersebut
SIMBOL
NAMA KIMIA FORMULA KIMIA
- R 11 Trikloromonofluorometana CCl3F
- R 12 Diklorodifluorometana CCl2F2
- R 21 Dikloromonofluorometana CHCl2F
- R 22 Monoklorodifluorometana CHClF2
- R 40 Metilklorida CH3Cl
R 500 Campuran azeotropik
R 12 + R 15a CCl2F2 + CH3CHF2
( 73.8% + 26.2%)
R 12 + R 15a CCl2F2 + CH3CHF2
( 73.8% + 26.2%)
R 717 Ammonia NH3
R 718 Air H2O
R 744 Karbon dioksida CO2
R 764 Sulfur dioksida SO2
Terdapat 3 kumpulan bahan pendingin:-
- Kumpulan 1- bahan pendingin paling selamat
- Contoh: R 11, R 12, R 22, R 500, R 502, R 718, R 744
- Kumpulan 2 – bahan pendinginyang beracun atau tengik
- Kumpulan 3 – bahan pendingin yang mudah terbakar
SISTEM PENYEJUKAN ASAS
Sebelum
suatu kitar penyejukan dihasilkan, beberapa ujian perlu dijalankan untuk
memastikan bahan pendingin dapat berfungsi sepenuhnya.
PERINGKAT-PERINGKAT
KITAR PENYEJUKAN ASAS
1.
Injap mengawal aliran bahan
pendingin. Bahan pendingin masih terbuang.
2.
Lingkaran penyejat yang dibuat
daripada tiub tembaga digunakan untuk proses penyejukan dan bahan pendingin
masih lagi terbuang.
3.
Untuk proses penyejukan yang
lebih efektif, sirip diletakkan pada permukaan penyejat.
4.
Kipas diletakkan pada penyejat
untuk proses penyejukan yang lebih cepat. Tiada penambahan komponen untuk
peringkat ini.
5.
Kitar ujian dilengkapkan dengan
menyambungkan tiub dari penyejat masuk ke tangki bahan pendingin tetapi haba
yang diserap tidak dapat dibuang dan dimasukkan semula ke dalam tangki bahan
pendingin.
6.
Pemampat diletakkan pada
kitaran ujian untuk memampatkan haba dan bahan pendingin. haba yang diserap dan
dimampatkan tidak dapat di singkirkan.
7.
Pemeluwap diletakkan untuk
melengkapkan kitar ujian ini sebagai asas dalam sistem penyejukan dan
penyamanan udara. Kipas yang diletakkan pada kedua-dua penyejat dan pemeluwap
berfungsi untuk proses penyerapan dan penyingkiran haba.
KOMPONEN
DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS
Di dalam kitar penyejukan asas, terdapat beberapa komponen- komponen asas. Antaranya ialah:
Di dalam kitar penyejukan asas, terdapat beberapa komponen- komponen asas. Antaranya ialah:
A. Pemampat
o Pemampat merupakan komponen yang terpenting dalam kitar
penyejukan. Digunakan untuk proses mampatan haba dan bahan pendingin kepada
tekanan tinggi.
o Terdapat empat jenis atau kelas pemampat yang digunakan pada masa
kini:
o Pemampat salingan
o Pemampat putar
o Pemampat empar
o Pemampat skru
B. Penyejat
o Satu komponen dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara yang
digunakan untuk proses penyerapan haba dan menghasilkan kesejukan pada ruang
atau bilik. Terdapat nama-nama lain bagi penyejat iaitu gelung penyejuk, unit
penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair.
o Terdapat 2 jenis penyejat:
o Penyejat jenis pengembangan kering
o Penyejat jenis banjir
C. Pemeluwap
o Pemeluwap merupakan komponen pembuangan haba yang diserap di dalam
penyejat dan dimampatkan di dalam pemampat. Haba disingkirkan ke dalam satu
medium di luar system penyejukan atau penyamanan udara. Dengan penyingkiran
haba, wap bahan pendingin, wap bahan pendingin yang panas akan bertukar kepada
cecair panas.
o Terdapat 3 jenis pemeluwap yang biasa digunakan:
o Pemeluwap dingin-udara
o Pemeluwap dingin-air
o Pemeluwap bersejat
D. Injap pengembang atau peranti permeteran
o Komponen ini digunakan untuk mengawal kadar aliran bahan pendingin
dalam kitar penyejukan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair bertekanan tinggi
perlu dikurangkan tekanannya agar kuantiti sebenar operasi pada takat maksimum
keupayaan sistem dapat dicapai tanpa beban berlebihan di dalam pemampat.
o Terdapat enam jenis peranti permeteran:
o Injap pengembang thermostat
o Injap pengembang automatik
o Tiub rerambut
o Injap apung bahagian rendah
o Injap apung bahagian tinggi
o Injap tangan
E. Tangki simpanan atau penerima
o Digunakan sebagai tempat penyimpanan sementara bahan pendingin
sebelum mengalir masuk
ke dalam injap pengembang.
ke dalam injap pengembang.